Wednesday, December 29, 2021

Pembelajaran dan Tugasan

 Pada minggu yang seterusnya bermulalah sesi pembelajaran dan pelbagai tugasan 'assignment' yang telah diberikan. Walaupun terdapat beberapa kesulitan belajar secara atas talian, namun pensyarah dan rakan-rakan dapat membantu saya jika tidak faham dalam sesuatu perkara. 

Ingin saya kongsikan tentang pembelajaran dan tugasan bagi subjek Permainan Tradisional Malaysia. Salah satu sebab saya berminat dengan subjek ini adalah kerana pensyarah. Pensyarah bagi subjek ini merupakan seorang yang 'sporting' dengan pelajar dan juga seorang yang kelakar. Pensyarah suka melihat muka pelajar ketika mengajar kerana tidak mahu berasa keseorangan. Pensyarah ini juga suka menyakat pelajar. Setiap kali waktu kelasnya, mesti pensyarah ini akan menyakat setiap dari pelajarnya. Pensyarah ini pernah berkata untuk mengazankan saya jika saya tidak membuka kamera ketika belajar. 

Dari segi pemberian tugas bagi subjek ini juga menarik. Salah satunya, kami dikehendaki membuat kumpulan untuk melakukan tugasan membuat powerpoint dan video tentang permainan tradisional iaitu guli. Saya berkumpulan dengan rakan saya yang bernama Wawa. Disebabkan tugasan ini kami hendaklah berjumpa untuk melakukan video tersebut. Wawa dan saya tinggal berhampiran. Hal ini telah memudahkan kami untuk melakukan tugasan ini.  Ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan Wawa.



Video ini saya rakam ketika kami sedang menyediakan dan menyusun alat-alat yang diperlukan. 


Ini pula merupakan gambar kenangan buat kali pertama saya berjumpa dengan rakan baru iaitu Wawa.


Melakukan tugasan ini memang penat. Tapi hasilnya memberi kepuasan apabila video tersebut menjadi dan mengikut kehendak yang diberikan. Korang mesti nak tengok hasil video tugasan ini kan? Jom tengok! Korang juga boleh komen tentang video ini.



Selain dari itu, saya juga akan kongsikan powerpoint tentang permainan tradisional Malaysia iaitu guli untuk korang lihat dan ambil sebagai sumber pengetahuan.


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk korang :)





 




Minggu Pertama (Pengenalan Diri)

 Permulaan belajar di UPSI merupakan suatu kegembiraan bagi saya kerana saya tidak pernah merasa cara pembelajaran di Universiti. Walaupun tidak dapat masuk ke kampus akibat penularan Covid-19, saya tidak pernah merasa kecewa. Saya yakin akan tiba masa yang sesuai untuk saya masuk ke kampus dan merasai suasana belajar di Universiti.  

Pada awalnya, saya telah mendaftar sebanyak 7 subjek iaitu Budaya Keusahawanan, Elemen dan Prinsip Rekaan, Falsafah dan Isu Semasa, Graphic Design, Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Lukisan Kreatif dan Permainan Tradisional Malaysia. Pada minggu pertama belajar, hampir kesemua pensyarah pada setiap subjek ini meminta pelajar untuk memperkenalkan diri. Kami diminta untuk memperkenalkan diri melalui Google Meet atau Webex. Bagi pensyarah subjek Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi pula meminta kelainan  iaitu dengan memperkenalkan diri melalui video. Jadi, mari lihat video saya dalam memperkenalkan diri!



Melalui sesi pengenalan diri ini saya dapat mengenali lebih ramai pensyarah dan rakan-rakan baru.


Kenapa Saya Memilih Upsi?

 


Antara sebab yang membuatkan saya memilih UPSI untuk menyambung pelajaran ialah lokasinya berhampiran dengan tempat tinggal saya. Tempat tinggal saya dengan lokasi UPSI merupakan satu negeri iaitu negeri Perak. Perbezaannya, tempat tinggal saya di daerah Hilir Perak iaitu Teluk Intan manakala UPSI di daerah Muallim iaitu Tanjong Malim.

Sebab yang seterusnya ialah UPSI menawarkan kos yang saya minat. Pada awalnya saya berfikiran UPSI hanya menawarkan kos yang berkaitan pendidikan sahaja. Setelah saya membuat penyelidikan 'research', rupa-rupanya UPSI juga menawarkan kos berkaitan bukan pendidikan. Kos yang ditawarkan, pendidikan mahupun bukan pendidikan, kedua-dua ini menjadi tarikan kepada saya. Bagi saya, kos yang saya minat berkaitan pendidikan di UPSI ialah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini kerana, saya suka dengan kanak-kanak. Kos yang berkaitan bukan pendidikan pula, saya berminat dengan Reka Bentuk Permainan Digital kerana hobi saya salah satunya adalah bermain permainan video dan cita-cita saya ingin menjadi 'game creator'.

Selain itu, bangunan UPSI yang cantik telah menjadi tarikan kepada saya untuk memilih UPSI sebagai tempat untuk sambung belajar. Mari jelajah keindahan bangunan UPSI!



Kredit : Youtube ADVENTURE US







Profil


Assalamualaikum dan hai semua. Nama saya Nurul Najiha Binti Sazman. Saya berusia 20 tahun. Saya berasal dari Teluk Intan, Perak. Hobi saya ialah bermain permainan video dan tengok movie. Cita-cita saya, saya ingin menjadi seorang 'game creator'. Sebelum ini, saya merupakan pelajar STPM di SMK Sultan Abdul Aziz dengan aliran sains sosial iaitu Seni Visual. Kini, saya menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kos Reka Bentuk Permainan Digital. Saya memilih kos ini kerana mempunyai minat yang mendalam dan ingin belajar dengan lebih terperinci tentangnya.

 

Pembelajaran dan Tugasan

  Pada minggu yang seterusnya bermulalah sesi pembelajaran dan pelbagai tugasan 'assignment' yang telah diberikan. Walaupun terdapat...