Pada minggu yang seterusnya bermulalah sesi pembelajaran dan pelbagai tugasan 'assignment' yang telah diberikan. Walaupun terdapat beberapa kesulitan belajar secara atas talian, namun pensyarah dan rakan-rakan dapat membantu saya jika tidak faham dalam sesuatu perkara.
Ingin saya kongsikan tentang pembelajaran dan tugasan bagi subjek Permainan Tradisional Malaysia. Salah satu sebab saya berminat dengan subjek ini adalah kerana pensyarah. Pensyarah bagi subjek ini merupakan seorang yang 'sporting' dengan pelajar dan juga seorang yang kelakar. Pensyarah suka melihat muka pelajar ketika mengajar kerana tidak mahu berasa keseorangan. Pensyarah ini juga suka menyakat pelajar. Setiap kali waktu kelasnya, mesti pensyarah ini akan menyakat setiap dari pelajarnya. Pensyarah ini pernah berkata untuk mengazankan saya jika saya tidak membuka kamera ketika belajar.
Dari segi pemberian tugas bagi subjek ini juga menarik. Salah satunya, kami dikehendaki membuat kumpulan untuk melakukan tugasan membuat powerpoint dan video tentang permainan tradisional iaitu guli. Saya berkumpulan dengan rakan saya yang bernama Wawa. Disebabkan tugasan ini kami hendaklah berjumpa untuk melakukan video tersebut. Wawa dan saya tinggal berhampiran. Hal ini telah memudahkan kami untuk melakukan tugasan ini. Ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan Wawa.